kata-kata hikmah

Barangsiapa yang tidak mahu maju dalam mencari ilmu, maka jiwanya seumpama lampu yang kehabisan minyak, makin lama makin malap dan kemudiannya menjadi gelap.

Search This Blog

Saturday, January 2, 2010

6 rahsia Allah

SETELAH Allah s.w.t. selesai menciptakan Jibrail a.s. dgn bentuk yg cantik,
dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yg panjang, sayap itu antara
timur dan barat(ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu
Jibrail a.s. memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yg lebih baik daripada aku?"

Lalu Allah s.w.t. berfirman yg bermaksud ..... "tidak"

Kemudian Jibrail a.s. berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah s.w.t.
Dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail a.s. solat, maka Allah berfirman yg bermaksud:

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dgn ibadah yg bersungguh-sungguh, dan
tidak ada seorg punyg menyembah kepadaKu seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman

nanti akan dtg seorg nabi yg mulia yg paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yg lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yg hanya sebentar sahaja, dan mereka dlm keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih aku sukai dari solat mu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail a.s. berkata:
"Ya tuhanku, apakah yg engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yg bermaksud:
"Ya Jibrail, akan aku berikan syurga ma'waa sebagai tempat tinggal....."


Kemudian Jibrail a.s. meminta izin kepada Allah s.w.t. untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail a.s. mendapat izin dari Allah s.w.t. maka pergilah Jibrail a.s. dgn mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail a.s. selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud.

Kepada Allah s.w.t lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya tuhanku apakah aku sudah menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah s.w.t. berfirman yg bermaksud:

"Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang enkau miliki, lalu kamu terbang sepertiyang telah kamu lakukan, nescaya tidak akan sampai kepada umat sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah Ku berikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan...."

Marilah sama2 kita fikirkandan berusaha lakukan...... Sesungghnya Allah s.w.t. tlh mnyembunyikan enam perkara iaitu:

1. Allah s.w.t. telah menyembunyikan redhanya dalam taat.
2. Allah s.w.t. telah menyembunyikan murkanya dalam maksiat.
3. Allah s.w.t. telah menyembunyikan namanya yang maha agung di dalam Al-quran.
4. Allah s.w.t. telah menyembunyikan lailatul qadar di dalam bulan ramadhan.
5. Allah s.w.t. telah menyembunyikan solat yang paling utama dalam solat(yang lima waktu).
6. Allah s.w.t. telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

No comments:

Post a Comment