kata-kata hikmah

Barangsiapa yang tidak mahu maju dalam mencari ilmu, maka jiwanya seumpama lampu yang kehabisan minyak, makin lama makin malap dan kemudiannya menjadi gelap.

Search This Blog

Friday, June 4, 2010

10 SEBAB DOA TIDAK DIMAkBULKAN

salamullah...

hari ini lepas exam tgh tahun..
MERDEKA!!!!!(2 ari je)

hoho~

ana pilih maudok ni sebab nk kongsi something.....
pasal berdoa...

lumrah manusia adalah beragama...
maka, kalau ditimpa musibah berdoa.... mtk tolong..
lagi2 candidate2 SPM.....
banyak berdoa nk berjaya...
usaha dan tawakal....
perkataan paling usual kita selalu guna.
tp.......
kadang2 kita doa tp rasa macam Allah x kabulkan...

k, ana nk kongsi cerita...

'Suatu hari Ibrahim Bin Adham(Abu Ishaq) berjalan di pasar Basrah lalu ia dikelilingi orang ramai dan bertanya:

"Ya Abu Ishaq. Allah berfirman;bermaksud "Mintalah olehmu sekalian kepadaKu nescaya Aku kabulkan." Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan!"

Ibrahim Bin Adham menjawab: "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara".

  1. Kamu telah mengetahui Allah tetapi tetap belum tunaikan haq-haqNya.
  2. Kamu telah mambaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.
  3. Kamu mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.
  4. Kamu menyatakan kamu Umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunahnya.
  5. Kamu mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawa kamu ke syurga.
  6. Kamu mengatakan dirimu selamat dari api neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.
  7. Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi kamu tidak bersia-siap menghadapi mati.
  8. Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri.
  9. Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya.
  10. Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka.'

sekadar renungan bersama......



No comments:

Post a Comment