kata-kata hikmah

Barangsiapa yang tidak mahu maju dalam mencari ilmu, maka jiwanya seumpama lampu yang kehabisan minyak, makin lama makin malap dan kemudiannya menjadi gelap.

Search This Blog

Friday, April 29, 2011

JENIS-JENIS AIR MATA

Salamullah...
lme x post...
xde ksmptn..
Alhamdulillah de gk arini...
erm...

psl headline ni...

kata Ibnu Qayyim - 10 jenis tangisan
1)Menangis kerana kasih sayang &kelembutan hati.
2)Menangis kerana rasa takut.
3)Menangis kerana cinta.
4)Menangis kerana gembira.
5)Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6)Menangis kerana terlalu sedih.
7)Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8)Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9)Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10)Menangis orang munafik=pura-pura menangis.

"... dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."
(An Najm:43)

Jadi, Allah lah yg menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus2. Sepertilah sungai yg mengalir ke laut tidak pernah berhenti? Kalaulah air mata itu di tampung banjir lah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji
Ada tangisan yg sgt di cela umpamanya meratapi myt dgn meraung dan memukul2 dada atau merobek2 pakaian.

Ada pula tangisan sgt2 dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa2 yg silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka
Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan airmata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air mata mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akn terkotori oleh debu kehinaan, apabila seseorg drpd suatu kaum menangis , maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yg tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka .

4)MENANGIS KERANA GEMBIRA

AIR MATA TAUBAT NABI ADAM A.S
Beliau menangis selama 3000 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yg telah ia lakukan. Dia bersujud di ats gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air mata itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akn airmata Adam lalu berkata, "manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!"

AIR MATA YANG TIADA DI TUNTUT
-Janganlah menangis kalau tak tercapai cita2 bukan kah Tuhan yg telah menentukannnya.
- Janganlah menangis tonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
-Janganlah menangis kerana cinta tak terbalas mungkin dia bukanlah jodoh yg telah Tuhan tetapkan.
-Janganlah menangis jika gagal dlm peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
-Janganlah menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
-Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adlah pemberian Tuhan.

KHULASOHNYA
simpan lah air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di ats segala kecuaian yg telah melanda diri, segala dosa2 yg berupa bintik2 hitam yg telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t Seru lah air mata itu dari persembunyian di balik kelopak mata agr ia menitis membasahi dan mencuci hati agr ia putih kembali dan juga semoga ia pdt melebur dosa2 dan moga2 akn mendapat ampunanNYA jua.

Junjungan mulia bersabda:
"ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabilillah di waktu malam"
"di antara 7 golongan manusia yang akn mendapat naungan Allah di hari qiamat" seseorg yg berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu becucuran air matanya.
"jika tubuh seseorg hamba gementar kerana takut kpd Allah, maka berguguran lah dosa2nya bak gugurnya dedaunan dari pepohon kering."

No comments:

Post a Comment